13 August 2010

Rembulan Tenggelam di Wajahmu

Buku ini bukan buku jiwang kawan-kawan. Ia bersifat keagamaan, mengisahkan pasal kehidupan Rehan atau Ray atau Rae.

Dari umurnya kecil sehingga hari terakhir dia di dunia. Buku ni ditulis macam monolog pun ada juga. Macam biografi pun ada.

Kisah Ray yang semasa remajanya sering mencari punca kematian ayah dan ibu, yang menemukan puncanya, dan sentiasa berusaha untuk membaiki dirinya demi untuk membalas perbuatan jahat dunia ke atas dirinya. Ray berkahwin dengan Fitri, gadis yang dipujanya, sehingga Fitri meninggalkannya 6 tahun kemudian. Ray sekali lagi mempersoalkan takdir dan menjadikan kerja (dunia) sebagai tujuan hidupnya. Berusaha meningkatkan dirinya, dan tuah sentiasa menyebelahinya.

Walaupun Ray berjaya, tapi dia merasakan kehidupannya adalah kosong, mungkin sebab dia semakin menjauh dari Tuhan, mungkin.

Buku ni ada beberapa bab yang ringkas menceritakan bab-bab dalam kehidupan Ray, sehingga dia diberi peluang untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, di samping merungkai persoalan Ray terhadap kehidupan, ada 5 soalan dan sepanjang buku ini, persoalan memang dirungkai lah.

Mula-mula baca memang agak boring, tapi mungkin mood bulan Ramadhan ini buatkan saya sudi mahu luangkan masa. :)

Buku ini sebenarnya adaptasi dari buku Indonesia. Tere-liye memang antara penulis keagamaan yang agak glamer di sana, rasanya.