03 March 2010

Love Life, Ray Kluun


Buku ni adalah prequel kepada The Widower. Tapi jodoh saya terlebih dahulu dengan The Widower, dah baca baru sedar, ada buku pertama iaitu Love Life. Pertemuan dengan Love Life sangatlah penuh cabaran. Tak kisah, akhirnya ketemu juga.

Buku ni, mengisahkan kepada kehidupan Danny dan isterinya, Carmen. Mereka hidup bahagia, dengan kehadiran seorang baby girl, Luna. Hidup mereka turut ditemani dengan rakan-rakan yang memahami, yang sentiasa berusaha untuk berada di sekitar mereka ketika diperlukan.

Carmen disahkan menghidap penyakit kanser. Dengan jangka masa yang terhad seperti diramalkan oleh Doktor, Carmen sentiasa positif dan mahu meneruskan kehidupan seperti biasa, dengan gembira bersama-sama kawan2 dan keluarga.

Danny walaubagaimanapun, mempunyai isu tentang monogamy. Tambahan pula dengan Carmen yang menghidapi breast cancer. Memang susah untuk mempertahankan monogamy. Carmen menyedari tentang itu dan cuba bertoleransi dengan perangai Dan. Dan cuba untuk merahsiakan semua tu tapi, sudah namanya isteri, semuanya terhidu, dan terbuka dengan sendiri. Dan, despite all of the bad things, tried his best to always be by Carmen's side.

Sehinggalah Dan bertemu dengan Rose, perasaan dia menjadi lain dan peliknya, dia boleh mengamalkan monogamy dengan Rose. Tapi masih tetap menyayangi Carmen.

Carmen berusaha dan berjaya membuat Danny berjanji untuk tidak curang sepanjang masa-masa terakhir Carmen. Masa ni, paling sedih. Mr. Kluun pandai sekali mengekspresi segala perasaan sampaikan I pun turut mengalirkan air mata towards the end of the book.

It is a usual story, tapi gaya penceritaan tu berjaya membuatkan ia lain dari yang lain. Menarik, deskripsi semua perkara adalah lengkap.

Sesuai untuk dibaca oleh husband2 yang susah nak monogamy. Harap2 takdelah di sekeliling kita. HUHU.

Sekian. :)

2 comments:

shahsulong said...

camne ida nk shARE review ek? tak reti la.

my email shahsulong@gmail.com

been thinking about sharing a note on "secrets of a rainbow goddess"

Shafique Laiho said...

wah, macam best buku ni..:D