07 October 2010

Jaja dan Din - Noor Suraya

Salam.

Sekarang I minat baca buku Bahasa Melayu la kawan2. Pening dah mengadap semua bahan kerja berbahasa Inggeris. Nak relakskan kepala otak baca novel Melayu.

Novel Melayu sekarang ni, I rasa semuanya bernafas baru. Dah kurang tema cliche, kahwin paksa, then akhirnya jatuh cinta tanpa disedari, nama cantik-cantik dan cinta dua darjat-that sort of things, well kalau pernah baca novel Melayu, tahulah. (Opss.. membebel pulak)

Well, novel Jaja dan Din ni dicadangkan oleh my colleague, Salina. Dia teringat novel ni bila I cerita hari tu I ada berkawan dengan seorang Ustaz, lulusan Al Azhar. Tapi betul, ustaz tu zuhud juga orangnya. (Sama macam karakter si Din ni). Jaja pula media planner, jumpa Ustaz Din tu masa sedang berusaha buat iklan keselamatan jalan raya. (I worked with Jabatan Keselamatan Jalan Raya before, and memang I jaga kontrak media JKJR-iklan dalam tv tu... dulu). Well, me dan Ustaz tu takde apa2 pun.

Jaja ni, (menurut novel) seorang yang berjaya, anak pertama, sentiasa digesa kahwin oleh parents beliau (sampai sini, kisah I dengan Jaja masih selari-eh, review buku ke review persamaan I dengan Jaja?). Seorang yang ceria, talkative, bersemangat, tapi solat dia tak sempurna, tak pakai tudung, kiranya bab-bab agama dia tak berapa sangat. Baca jawi pun tak reti. Dia susah sangat jatuh cinta. Bukan takde yang cuba, tapi hati dia keras. Malas.

Sampailah masa dia membantu kawan dia cari gambar untuk poster keselamatan jalan raya. Tetiba secara tak sengaja dia terpandang gambar randum seorang lelaki dekat pusara, sedang baca Yasin dan dia rasa gambar itu sungguh indah, syahdu dan terus dia rasa berdebar-debar dan blushing. Dia jatuh cinta dekat lelaki tu, dengan hanya tengok gambar begitu.

Sejak hari itu, Jaja bertekad nak cari lelaki ni, akhirnya dia jumpa dan paling kelakar, dia suruh family dia 'pinangkan' lelaki tu untuknya. Ustaz Din tu pun, entah mengapa rasa lain bila ber'jumpa' Jaja.

Banyak lagi kisahnya... ye, tentu sekali happy ending!

Gaya penceritaan adalah sangat segar! Diselitkan juga dengan hadis-hadis dari Al-Quran dan riwayat-riwayat dari sahabat-sahabat. Sungguh, novel ni telah berdakwah, secara tidak langsung.

Kalau ada kelapangan, dan mahu cuba sesuatu yang baru, buku ni memang sesuai. Murah jer, RM20.00. Kalau ada kad popular boleh dapat diskaun 10%. :)

Beli kat sini lagi murah! (klik)

Buku Tarikh Luput Cinta tu pun I beli malam tadi, (sama dengan JDD ni). Tajuk dia menarik. Nanti I review. :)

Happy reading guys!

2 comments:

shahsulong said...

oh echah, macam best!!!

nk pinjam bleh? hahaha

cacah said...

buku ada dengan mid... after mid bolehla baca ;)